Tuesday, 2 September 2014
KEK CHOCOLATE CHEESE
150 gram butter
150 gram gula halus
125 gram tepung gandum - ita guna tepung self raising
flour
30 gram serbuk koko - ita letak 40 gm
50 gram milo - ita letak 40 gm
2 biji telur
70 gram susu pekat manis
Mula-mula kita sediakan loyang 9 inc, alas kertas minyak
dan griskan dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C. Ita guna api bawah
sahaja.
Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Tutup mixer
Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo dan
serbuk koko, gaul rata dengan spatula sahaja.
Masukkan susu dan gaul rata dengan spatula.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan
suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kek masak
dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi sendengkan sedikit lidinya.
Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah di bakar
sempurna.
Setelah kek hampir masak, sediakan pula bahan-bahan
untuk adunan cheese.
CREAM CHEESE
400 gram cream cheese
120 gram gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul.
Tambahkan esen vanila dan pukul sebati
Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna
merah dan hijau. Ketepikan.
Cara ita.
Kek yang telah masak tadi kita keluarkan dari loyang dan
biarkan sejuk sepenuhnya atas redai.
Bersihkan loyang dengan kitchen tisu supaya habuk kek
tiada dan tidak mencacatkan cheese cake kita.
Ita potong atas permukaan kek yang keras dengan pisau.
Masukkan semula dalam loyang.
Kek ni dia bila dah sejuk, ia akan mengecut sedikit
Pastikan kek betul-betul di tengah loyang dan bila kita
tuang cheese ia akan mengalir masuk di tepi loyang.
Kalau ada loyang yg boleh buka dasarnya lagi baik.
Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.
Mencorak kek cara Ena
Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau
selari denga titik merah tadi.
Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga
melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan
seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.
Mencorak bunga tulip cara ita
Ita gunakan cotton bud yang bersih ye!
Ita sediakan 3 warna semua hanya 1 sudu besar aje
Warna yang diperlukan merah, hijau dan warna adunan
asal.
Celupkan cotton but dalam warna merah
Calitkan bentuk kelopak tulip tarik dari tampok bawah ke
atas layang perlahan sahaja
Celup lagi dan buat calitan kedua pula hingga seterusnya
menjadi sekuntum bunga tulip.
Kemudian celupkan warna putih pula atau adunan warna
asal, dengan cotton but yang lain pula ye! untuk
mencorakkan bayang kelopak
Dotkan pula atau titik warna hijau pada tampuk bawah
bunga
Dengan cotton bud yang lain celup warna hiju pula.
Sentuh pada titik hijau tadi dan terus tarik ke bawah
dengan lembut untuk membentuk tangkai.
Ulang proses yang sama sehingga berapa kuntum bunga
yang kita kehendaki.
Bila dah siap boleh lah kita bakar dengan kaedah steam
bath
Kita letakkan loyang besar berisi air panas.
Kemudian kita letakkan loyang kek di dalamnya.
Peringatan! jika guna loyang yang boleh buka dasarnya
jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas
aluminium, dan ikat kuat supaya air tak masuk dalam
kek.
Bakar kek dalam oven dengan api atas bawah, suhu oven
170 C selama 45 minit.
Kemudian tutup loyang dengan kertas aluminium dan
bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak.
* Kek ni agak manis ita rasa kena kurangkan sukatan
gula.
* Boleh tambahkan yogurt untuk lebih rasa masam pada
adunan cheese
Labels:
Resepi Kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment