Tuesday, 2 September 2014
Udang Goreng Butter
Bahan-bahan
15 ekor udang besar
2 biji kuning telur
1/2 buku butter
1 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
3 ulas bawang putih dicincang
3 biji cili padi hiris
Sedikit kunyit
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit sos ikan
Cara-caranya
1.Perap udang dengan sos ikan, serbuk kunyit dan serbuk kari (jgn guna sos ikan byk sangat nanti akan terlalu masin).
2.Pukul telur sedikit.Panaskan kuali.Masukkan minyak (pastikan minyak jangan banyak)dan bila minyak sudah panas.Tuang telur kedalam kuali (macam orang nak buat teh tarik)sambil tangan yang satu lagi memusingkan senduk di dalam kuali.
3.Tuang telur sampai habis dan kacau sebentar kemudian tutup api.Tapis telur dengan menggunakan penapis.Ketepikan
4.Dalam kuali yang lain.Panaskan butter tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan susu cair.Selepas itu masukkan daun kari,cili padi dan lada sulah.Kemudian masukkan udang.Kacau serta masak hingga udang nampak kering dan angkat.Hias dengan kuning telur tadi.Enjoy:)
Labels:
Masakan Udang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment