Ayak tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula, pukul lagi
hingga putih.Kemudian masukkan minyak masak,susu pekat.Pukul
lagi.Masukkan campuran tepung.Masukkan air panas sedikit demi sedikit
sampai habis.
Panaskan oven pada suhu 180 degree. Sapu acuan dengan
sedikit minyak masak.Masukkan adunan dlm acuan,masukkan sedikit
sahaja,kurang dari separuh acuan.Bakar selama 5 minit.
Keluarkan kek dari acuan.(ini adalah resipi kek coklat
lembab tp saya kurangkan separuh air utk disesuaikan dengan coklat).
Cairkan coklat masakan secara double boiler. Jika coklat
nampak pekat, letakkan sedikit minyak sayur. Masukkan coklat cair dalam
acuan.Walaupun menggunakan non stick tray saya letak sikit minyak masak
pada acuan untuk memudahkan coklat dikeluarkan tanpa merosakkan
bentuknya.
Letakkan kek bentuk hati tadi.Tekan sedikit supaya bahagian tepi turut bersalut coklat.
Tuangkan coklat ke atas kek untuk cover semua bahagian kek. Simpan dalam peti sejuk seketika.
Keluarkan dari peti ais, kikis bahagian tepi coklat
dengan lidi sate. Ini adalah untuk mengemaskan bahagian tepi coklat dan
memudahkan coklat dikeluarkan dari acuan. Bahagian atas nampak kurang
smooth.Tak mengapa kerana ia akan jadi base coklat.
Terbalikkan tray untuk keluarkan coklat dari acuan. Pipekan atas coklat dengan coklat putih yg telah dicairkan.
No comments:
Post a Comment